Ramai pekerja mengalami sakit belakang, leher tegang, sakit bahu atau kebas tangan akibat cara kerja yang tidak sesuai. Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan pekerja, malah boleh menyebabkan penurunan produktiviti, peningkatan cuti sakit dan risiko kecederaan jangka panjang.
Di Malaysia, semakin banyak syarikat mula memberi perhatian kepada Ergonomic Risk Assessment (ERA) bagi memastikan tempat kerja lebih selamat, selesa dan produktif.
Apa Itu Ergonomic Risk Assessment (ERA)?
Ergonomic Risk Assessment ialah proses menilai risiko ergonomik di tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan otot, sendi dan saraf.
Penilaian ini biasanya melibatkan:
- Pemerhatian cara kerja pekerja
- Analisis postur badan
- Penilaian kerja berulang (repetitive work)
- Penilaian aktiviti mengangkat barang
- Pemeriksaan workstation pejabat
- Cadangan penambahbaikan ergonomik
Tujuan utama ERA adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan dan membantu pekerja bekerja dengan lebih selesa dan efisien.

Masalah Ergonomik yang Selalu Berlaku
Antara masalah yang sering berlaku di tempat kerja termasuk:
- Sakit belakang bawah (low back pain)
- Sakit leher dan bahu
- Kebas tangan
- Carpal tunnel syndrome
- Sakit lutut akibat posisi kerja
- Keletihan otot akibat postur statik terlalu lama
Masalah ini sering berlaku dalam kalangan:
- Pekerja pejabat
- Operator kilang
- Warehouse staff
- Healthcare workers
- Pemandu
- Technician dan engineer

Kenapa Syarikat Perlu Buat Ergonomic Assessment?
1. Kurangkan Risiko Kecederaan Pekerja
Tempat kerja yang tidak ergonomik boleh meningkatkan risiko kecederaan berkaitan pekerjaan. Dengan assessment yang betul, risiko dapat dikenal pasti lebih awal sebelum menjadi serius.
2. Tingkatkan Produktiviti
Pekerja yang selesa dan kurang sakit biasanya lebih fokus, lebih bertenaga dan lebih produktif.
3. Kurangkan Cuti Sakit
Masalah muskuloskeletal sering menyebabkan MC berulang. Penambahbaikan ergonomik boleh membantu mengurangkan masalah ini.
4. Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Tempat Kerja
ERA juga membantu membina budaya kerja yang lebih selamat dan sihat dalam organisasi.
Bagaimana Trapy Membantu?
Di Trapy Physiotherapy & Rehabilitation, kami menyediakan:
- Ergonomic Risk Assessment (ERA)
- Office workstation assessment
- Manual handling assessment
- Workplace physiotherapy
- Ergonomic training
- Stretching & injury prevention program
Pasukan kami terdiri daripada fisioterapis dan pegawai ergonomik yang berpengalaman dalam membantu syarikat di Kuala Lumpur dan Selangor meningkatkan kesihatan pekerja dan mengurangkan risiko kecederaan pekerjaan.
Kesimpulan
Ergonomik bukan sekadar tentang kerusi atau meja kerja. Ia adalah pelaburan jangka panjang untuk kesihatan pekerja dan prestasi syarikat.
Melalui Ergonomic Risk Assessment yang sistematik, syarikat dapat mengurangkan risiko kecederaan, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat.
Jika syarikat anda ingin menjalankan ergonomic assessment atau workplace physiotherapy program di Kuala Lumpur dan Selangor, Trapy sedia membantu.


